Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy, Chaq Mentor Ditidurkan

Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy, Chaq Mentor Ditidurkan

Abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq telah ditidurkan akibat alami pendarahan dalam kepala susulan kemalangan Rabu lalu.

Perkara itu dimaklumkan Stacy kepada pengurus artis, Afeeq melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad.

Chaq merupakan naib juara Mentor di bawah mentornya, Ajai.

Stacy memaklumkan, Chaq atau Camellus Delleli Anam menerima rawatan di Hospital Sibu, Sarawak dan selesai menjalani pembedahan pada Sabtu.

“(Chaq) ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih bleeding,” kata Stacy.

Chaq juga, katanya, sudah dua kali menjalani pembedahan kepala susulan pendarahan di otak akibat kemalangan itu.

Sebelum menyertai Mentor 3, Chaq dan Stacy merupakan anggota kumpulan Evoke, peserta Gangstar.

“Semalam ada masalah dekat jantung sebab hati dan limpa dia terluka.

“Harap dia terus kuatlah, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,“ ujarnya.

Mengulas lanjut, tekanan darah dan jantung Chaq dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan. – BOOM!

Sumber: SINAR HARIAN

Sumber


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *